iklan

Keistimewaan Wanita



           
Sekadar renungan buat manusia yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa

istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.



Istimewanya Wanita :



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang

lebih berpengaruh daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal

tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang

yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang

soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama

orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang

takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang masakan dari pasar ke rumah)

kemudian diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya menyerupai bersedekah.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang

siapa yang menyukakan anak perempuan seperti ia memerdekakan anak Nabi

Ismail A.S.


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku

(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.


6. Barang siapa memiliki tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan

atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, kemudian ia bersikap ihsan

dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa

serta bertanggungjawab, maka baginya ialah syurga.


7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada

bawah umur perempuannya, kemudian ia berbuat baik kepada mereka, maka mereka

akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah

panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu

neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang

ia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di

udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya

selama mana ia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga

sembahyang dan puasanya).


12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah

yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa

pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,

memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah ia dari pintu

syurga mana sahaja yang ia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah

S.W.T. memasukkan ia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000

tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka

beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya

setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah

S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah

S.W.T.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia daripada

dosa-dosa menyerupai keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir (anak) kemudian disusui, maka bagi ibu itu setiap satu

tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,

maka Allah S.W.T. memberinya pahala menyerupai memerdekakan 70 orang hamba

dengan nrimo untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang perempuan solehah ialah lebih baik daripada 70 orang wali.


21. Seorang perempuan yang jahat ialah lebih jelek dari pada 1,000 lelaki

yang jahat.


22. 2 rakaat solat dari perempuan yang hamil ialah lebih baik daripada 80

rakaat solat perempuan yang tidak hamil.


23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu

badan)akan sanggup satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang

diberikannya.


24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam

keadaan letih akan menerima pahala jihad.


25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat

isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menjadikan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah

dan kemudian menjaga adat rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih

awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan

perempuan itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan

menunggang kuda yang dibentuk daripada yakut.


27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang

sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia

hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


28. Wanita yang memerah susu hewan dengan "bismillah" akan didoakan oleh

hewan itu dengan doa keberkatan.


29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.


30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan menerima pahala seperti

meyapu lantai di baitullah.


31. Wanita yang hamil akan sanggup pahala berpuasa pada siang hari.


32. Wanita yang hamil akan sanggup pahala beribadat pada malam hari.


33. Wanita yang bersalin akan menerima pahala 70 tahun solat dan puasa dan

setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


34. Sekiranya perempuan mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia akan

dikira sebagai mati syahid.


35. Jika perempuan melayani suami tanpa khianat akan menerima pahala 12 tahun

solat.


36. Jika perempuan menyusui anaknya hingga cukup tempo(2½ thn), maka

malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan isu bahwa syurga wajib

baginya.


37. Jika perempuan memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah

akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.



38. Jika perempuan memicit/mijat suami tanpa disuruh akan menerima pahala 7

tola emas dan jikalau perempuan memicit suami bila disuruh akan menerima pahala 7tola perak.


39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki

syurga.


40. Jika suami mengajarkan isterinya satu duduk perkara akan menerima pahala 80

tahun ibadat.


41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi

Allah akan tiba sendiri kepada perempuan yang memberati auratnya yaitu

menggunakan purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Sumber http://rizalsuhardieksakta.blogspot.com

Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Keistimewaan Wanita"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel